Monday, 22 September 2014

PERNAHKAH ANDA BERDEPAN DENGAN TUDUHAN YANG TIDAK BERASAS??

HALLO SEMUA,

Kembali lagi kita membicarakan mengenai perihal kehidupan. seperti yang kita sedia maklum, kita hidup di dalam kel;ompok masyarakat yang pelbagai kategori dan perangai. setiap orang ada karektor yang tersendiri atau kata arwah mak saya dahulu "pembawaan". kalau pembawaan individu tersebut baik tidak menjadi masalah, perkara yang saya ingin bawakan ini kalau pembawa individu itu terlalu suka menuduh orang lain dengan semborono atau mengkhinzir buta. tuduhan yang tidak berasas ini selalunya terjadi sekiranya seseorang itu mahu melepaskan dirinya sendiri, oleh kerana nak selamat dia mula lah menuduh orang lain. sungguh tidak bertamadun.

kadang kala di pejabat perkara ini kerap terjadi, tak payah kata tidak la kerana di pejabat saya pun ada yang bersifat sebegini. bukan sahaja di peringkat bawahan malahan di kalangan boss pun ada juga mengamalkan sikap yang tidak bertamadun ni. yang kesian orang yang menjadi kambing hitam tu lah terpaksa menerima tuduhan itu dengan seadanya. bagi saya perkara sebegini seharusnya diberhentikan. kalau nak menuduh pun biarlah ada bukti. jangan main sapu je.

dalam perhubungan seharian pun kerap juga terjadi perkara sebegini hinggakan kadang kala kita menjadi rimas. saya juga tidak pernah lekang dari ditimpa dengan masalah sebegini. sebagai contoh saya ada seorang kawan yang gemar menuduh orang lain demi kepentingan dirinya sendiri, pada hal telah terbukti dia yang bersalah namun orang sebegini begitu licik melepaskan diri nya dan akhirnya orang lain yang menjadi mangsa. hinggakan saya juga berasa hairan tidak kah si polan ini rasa bersalah dengan apa yang dilakukan?. 

saya ingin bertanya kepada anda pembaca. sekiranya anda berdepan dengan individu sebegini apakah yang anda akan lakukanj? adakah anda akan terus bersabar selamanya atau akan angkat kaki meninggalkan kawan sebegini. pernahkah anda mempunyai kekasih yang sering sahaja menimbulkan masalah...tetapi akhirnya anda yang seperti pemula segala masalah. si dia akan menuduh itu dan ini dan mengeluarkan kata-kata kesat hinggakan anda menitiskan air mata. 

sabar manusia ada tahapnya, saya rasa jika orang sebegini bertemu buku dengan ruas baru pada dengan muka mereka. semoga Allah memberikan pengajaran kepada mereka ini. manusia kadang kala senang melontarkan tuduhan yang tidak berasas. hinggakan menghancurkan hati kawan-kawan di sekeliling. bagi saya ini tidak wajar. janganlah sampai suatu hari nanti tiada siapa pun yang sudi berkawan dengan anda disebabkan sikap buruk anda itu. 

salam sayang....

Sunday, 21 September 2014

KESYUKURAN..

Salam, ya... kesyukuran bila mana kita menerima sesuatu anugerah atau rezeki dari Allah. walau pun hanya lulus peperiksaan awal bagi mendapatkan kerja.. kita sewajarnya sujud syukur di atas kejayaan itu. kerana bayangkan berapa ramai lagi yang gagal untuk melepasinya. apabila kejayaan dikecapi pastinya ibu bapa lah yang paling bahagia. tiada orang lain lagi yang lebih gembira. 

sebagai contoh yang amat dekat dengan diri saya yang mempunyai begitu ramai anak-anak saudara yang masih belajar di pelbagai peringkat pengajian, rasa gembira yang amat sangat pabila mengetahui bahawa mereka berjaya di dalam peperiksaan masing-masing. walau bagai manapun saya berpendapat bahawa keberkatan hidup kita ini adalah berpunca dari bagaimana kita patuh dan mengembirakan hati ibu bapa kita. banyak tauladan yang telah kita lihat secara langsun g mahupun tidak di hadapan mata kita dewasa kini, yang mana.. apabila seseorang anak itu menghancurkan hati serta harapan ke dua ibu bapa mereka.. akhirnya mereka akan gagal dalam hidup. saya amat tertarik dengan rangkap lagu Allahyarham Sudirman berjudul Ayah Dan Ibu yang menggambrkan bahawa ibu dan bapa sumpama wali-wali Allah. tiada sempadan kasi ibu kepada anaknya. malah haiwan jua sayangkan anak.. ini kan pula manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.

oleh yang demikian kepada anak-anak yang di luar sana yang masih lagi bersikap acuh tidak acuh akan nasihat ke dua ibu bapa kalian. sudah masanya kamu berubah sebelum terlewat. saya sendiri masih lagi dahagakan kasih Arwah emak yang telah pergi buat selamanya. masih berasa terkilan kerana tidak mampu memberikan segalanya apa yang diingini oleh arwah satu masa dahaulu. walaupun saya amat bersyukur kerana dapat berbakti kepada arwah di saat akhir hayat emak. oleh yang demikian, kepada saudara saudari yang masih mempunyai emak dan ayah... silalah hargai mereka. hormati lah mereka dan yang paling penting bersyukurlah.

setitik air mata ibu jatuh ke bumi akibat dari mereka berkecil hati dengan sikap kita maka tidak akan kita cium bau syurga Allah. selagi tidak diampunkan oleh mereka. saya berpendapat bahawa... kebahagiaan yang sebenarnya bukan lah diukur dari berapa banyak kosong..kosonnggg ... kosonggg kosonggg di dalam akaun simpanan kita... tetapi kebahagian yang sebenar adalah apabila dirahmati... biarlah hidup susah tiada harta asalkan kita ada budi pekerti yang baik.. tau menghargai kasih orang dan tidak pentingkan diri sendiri.

berbicara mengenai pentingkan diri sendiri, saya teringat satu kisah yang telah saya lalui sedikit masa dahulu. yang mana ada seorang sahabat yang dilayan dengan penuh seribu kemanisan... dijaga dengan penuh kasih sayang ketika mereka memerlukan, namun tidak bersyukur malahan telah mencaci saya bagaikan seekor anjing kurap. sanggup mengigit tangan yang memberinya makan. walaupun tidak sebesar mana bakti yang dicurahkan, bukan lah ganjaran yang diharapkan sebagai balasan... cuma sekadar ucapan TERIMA KASIH sudah memadai. di dalam menjalinkan perhubungan mahu pun persahabatan kita tak boleh mementingkan diri sendiri, jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kebaikan orang pada kita.. jangan jadikan kawan kita sebagai hanya tempat melepaskan kesulitan diri sendiri sahaja. bila sudah senang lupakan orang yang telah banyak bersama-sama kita menempuhi zaman gelap kita pada suatu masa. sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyanyang. setiap perbuatan itu akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal jua suatu hari nanti.... HATI YANG TERLUKA... SALAM SAYANG

MY FIRST POST: INTRODUCTION

ASSALAMUALAIKUM AND VERY GOOD MORNING TO ALL OF YOU,

HERE I COME WITH MY VERY FIRST POST FOR MY OWN BLOG NAMELY "SEMBANG JIWA"


Dear friends, many years ago am decided to registered my blog unfortunately am to busy to send any post. but then am realize that am gonna start it now, to share with all of you about my feelings, happiness and maybe some sad story of mine. SEMBANG JIWA is my soul and the reflection of myself. 

kehidupan yang telah saya tempuhi penuh dengan ranjau dan duri, banyak pengalaman yang telah saya lalui sepanjang bergelar khalifah dimuka bumi ini. inshallah akan dijadikan sebagai bekal untuk hari tua kelak. saya telah dilahirkan didalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang, walaupun saya berasal dari sebuah keluarga yang besar, 10 orang adik beradik kesemuanya... namun kami telah berjaya dididik dan di warnai dengan penuh kasih sayang dari arwah emak dan abah yang amat kami sayangi. 

walaupun berasal dari sebuah keluarga yang sederhana, kami tetap berjaya menjadi insan kamil dan berbakti kepada emak dan abah. benarlah kata orang, pergilah sejauh mana sekali pun namun keluarga tetap di hati. sejak kecil saya telah belajar untuk hidup agar tidak menyusahkan orang. walaupun terkadang hati terluka, namun kepada keluargalah sahaja tempat mengadu. kenangan pahit kehilangan emak tercinta pada tanggal 27 julai 2006, malam jumaat kerana kegagalan fungsi jantung telah meruntun hati saya... gelap rasanya dunia sewaktu terpaksa redha akan kepergian emak menemui penciptanya. namun hidup perlu diteruskan, saya melangkah tanpa menoleh ke belakang walaupun hati ini begitu menderita. tiada lagi hangat kasih ibu yang saya rasai namun saya masih bersyukur kerana masih punyai abanh, walau pun sekarang abah sudah pun berusia 80 tahun, namun kegigihan beliau untuk teruskan langkah di muka bumi ini amat ku kagumi. 

pengalam yang kulalui sewaktu berkhidmat di negara orang akan ku abadikan di dalam hati ku. pernah jua terdetik untuk terus menetap di luar negara, namun niat ku terbantut tiap kali aku pandang wajah-wajah kesayangan ku... tidak lain dan tidak bukan kakak-kakak ku, anak-anak saudara ku serta abang-abang ipar ku. walau pun hati ini meronta untuk pergi jauh, namun kaki bagaikan tertambat oleh seutas tali yang amat kuat. pengalam penceraian ku amat menyakitkan. walau pun wajah ku tabah m,enerima setiap fitnah dengan redha. kerana aku yakin tuhan hanya menguji hambanya yang mampu menanggung ujian yang diberikan. 

terlalu banyak kenangan pahit yang telah saya telan, pengalam putus tunang pada tahun 2008 amat memilukan hingga sekarang. kasih sayang saya kepada si dia amat berkesan. kau pergi tanpa kata putus telah menyiksa batin ku. 

syukurlah tuhan telah menemukan aku dengan YANG TERSAYANG sekarang ini. telah ku berikan segala cinta yang ada, ku tatang dikau bagai minyak yang penuh dan ku tutup hati ku kepada insan lain. namun apakah kekurangannya lagi hinggakan sering kali hati ini di uji dengan pelbagai musibah. walau pun terkadang aku merasakan hanya aku yang menarik... mana kala kau sering kali menolak ku menjadi semakin jauh dari hidup mu. CINTA TIDAK SEHARUSNYA BERSYARAT.. jika keta benar-benar cinta dan sayangkan seseorang, nescaya kita tak akan sanggup melihat hati insan yang tersayang dilukai. tapi saya masih di sini, masih menunggu saat berubahnya diri mu, saat kau datang kepada ku dan menerima sehgala hakikat kilaf mu. sesungguhnya setiap insan mempunyai limitasi kesabaran, dan aku merasakan kesabaran ku kian sampai ke penghujung, walau pun aku masih berharap agar kau berubah. hargai lah aku... cintai lah aku... terima lah aku seadanya.

kepada sesiapa yang mahu kongsikan perasaan atau kelukaan bersama ku di SEMBANG JIWA INI SAYA ALU-ALUKAN. terima kasih kerana sudi membaca cetusan saya yang pertama, dan bukan yang terakhir... inshaalaah...... salam sayang.