HALLO SEMUA,
Kembali lagi kita membicarakan mengenai perihal kehidupan. seperti yang kita sedia maklum, kita hidup di dalam kel;ompok masyarakat yang pelbagai kategori dan perangai. setiap orang ada karektor yang tersendiri atau kata arwah mak saya dahulu "pembawaan". kalau pembawaan individu tersebut baik tidak menjadi masalah, perkara yang saya ingin bawakan ini kalau pembawa individu itu terlalu suka menuduh orang lain dengan semborono atau mengkhinzir buta. tuduhan yang tidak berasas ini selalunya terjadi sekiranya seseorang itu mahu melepaskan dirinya sendiri, oleh kerana nak selamat dia mula lah menuduh orang lain. sungguh tidak bertamadun.
kadang kala di pejabat perkara ini kerap terjadi, tak payah kata tidak la kerana di pejabat saya pun ada yang bersifat sebegini. bukan sahaja di peringkat bawahan malahan di kalangan boss pun ada juga mengamalkan sikap yang tidak bertamadun ni. yang kesian orang yang menjadi kambing hitam tu lah terpaksa menerima tuduhan itu dengan seadanya. bagi saya perkara sebegini seharusnya diberhentikan. kalau nak menuduh pun biarlah ada bukti. jangan main sapu je.
dalam perhubungan seharian pun kerap juga terjadi perkara sebegini hinggakan kadang kala kita menjadi rimas. saya juga tidak pernah lekang dari ditimpa dengan masalah sebegini. sebagai contoh saya ada seorang kawan yang gemar menuduh orang lain demi kepentingan dirinya sendiri, pada hal telah terbukti dia yang bersalah namun orang sebegini begitu licik melepaskan diri nya dan akhirnya orang lain yang menjadi mangsa. hinggakan saya juga berasa hairan tidak kah si polan ini rasa bersalah dengan apa yang dilakukan?.
saya ingin bertanya kepada anda pembaca. sekiranya anda berdepan dengan individu sebegini apakah yang anda akan lakukanj? adakah anda akan terus bersabar selamanya atau akan angkat kaki meninggalkan kawan sebegini. pernahkah anda mempunyai kekasih yang sering sahaja menimbulkan masalah...tetapi akhirnya anda yang seperti pemula segala masalah. si dia akan menuduh itu dan ini dan mengeluarkan kata-kata kesat hinggakan anda menitiskan air mata.
sabar manusia ada tahapnya, saya rasa jika orang sebegini bertemu buku dengan ruas baru pada dengan muka mereka. semoga Allah memberikan pengajaran kepada mereka ini. manusia kadang kala senang melontarkan tuduhan yang tidak berasas. hinggakan menghancurkan hati kawan-kawan di sekeliling. bagi saya ini tidak wajar. janganlah sampai suatu hari nanti tiada siapa pun yang sudi berkawan dengan anda disebabkan sikap buruk anda itu.
salam sayang....