Sunday, 21 September 2014

KESYUKURAN..

Salam, ya... kesyukuran bila mana kita menerima sesuatu anugerah atau rezeki dari Allah. walau pun hanya lulus peperiksaan awal bagi mendapatkan kerja.. kita sewajarnya sujud syukur di atas kejayaan itu. kerana bayangkan berapa ramai lagi yang gagal untuk melepasinya. apabila kejayaan dikecapi pastinya ibu bapa lah yang paling bahagia. tiada orang lain lagi yang lebih gembira. 

sebagai contoh yang amat dekat dengan diri saya yang mempunyai begitu ramai anak-anak saudara yang masih belajar di pelbagai peringkat pengajian, rasa gembira yang amat sangat pabila mengetahui bahawa mereka berjaya di dalam peperiksaan masing-masing. walau bagai manapun saya berpendapat bahawa keberkatan hidup kita ini adalah berpunca dari bagaimana kita patuh dan mengembirakan hati ibu bapa kita. banyak tauladan yang telah kita lihat secara langsun g mahupun tidak di hadapan mata kita dewasa kini, yang mana.. apabila seseorang anak itu menghancurkan hati serta harapan ke dua ibu bapa mereka.. akhirnya mereka akan gagal dalam hidup. saya amat tertarik dengan rangkap lagu Allahyarham Sudirman berjudul Ayah Dan Ibu yang menggambrkan bahawa ibu dan bapa sumpama wali-wali Allah. tiada sempadan kasi ibu kepada anaknya. malah haiwan jua sayangkan anak.. ini kan pula manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.

oleh yang demikian kepada anak-anak yang di luar sana yang masih lagi bersikap acuh tidak acuh akan nasihat ke dua ibu bapa kalian. sudah masanya kamu berubah sebelum terlewat. saya sendiri masih lagi dahagakan kasih Arwah emak yang telah pergi buat selamanya. masih berasa terkilan kerana tidak mampu memberikan segalanya apa yang diingini oleh arwah satu masa dahaulu. walaupun saya amat bersyukur kerana dapat berbakti kepada arwah di saat akhir hayat emak. oleh yang demikian, kepada saudara saudari yang masih mempunyai emak dan ayah... silalah hargai mereka. hormati lah mereka dan yang paling penting bersyukurlah.

setitik air mata ibu jatuh ke bumi akibat dari mereka berkecil hati dengan sikap kita maka tidak akan kita cium bau syurga Allah. selagi tidak diampunkan oleh mereka. saya berpendapat bahawa... kebahagiaan yang sebenarnya bukan lah diukur dari berapa banyak kosong..kosonnggg ... kosonggg kosonggg di dalam akaun simpanan kita... tetapi kebahagian yang sebenar adalah apabila dirahmati... biarlah hidup susah tiada harta asalkan kita ada budi pekerti yang baik.. tau menghargai kasih orang dan tidak pentingkan diri sendiri.

berbicara mengenai pentingkan diri sendiri, saya teringat satu kisah yang telah saya lalui sedikit masa dahulu. yang mana ada seorang sahabat yang dilayan dengan penuh seribu kemanisan... dijaga dengan penuh kasih sayang ketika mereka memerlukan, namun tidak bersyukur malahan telah mencaci saya bagaikan seekor anjing kurap. sanggup mengigit tangan yang memberinya makan. walaupun tidak sebesar mana bakti yang dicurahkan, bukan lah ganjaran yang diharapkan sebagai balasan... cuma sekadar ucapan TERIMA KASIH sudah memadai. di dalam menjalinkan perhubungan mahu pun persahabatan kita tak boleh mementingkan diri sendiri, jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kebaikan orang pada kita.. jangan jadikan kawan kita sebagai hanya tempat melepaskan kesulitan diri sendiri sahaja. bila sudah senang lupakan orang yang telah banyak bersama-sama kita menempuhi zaman gelap kita pada suatu masa. sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyanyang. setiap perbuatan itu akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal jua suatu hari nanti.... HATI YANG TERLUKA... SALAM SAYANG

No comments:

Post a Comment